Tuesday 1 October 2013

KITA YANG PILIH


najwa latiff-sahabat


GAYA HIDUP SIHAT

http://eemoticons.net

 Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol.

 a) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.

 b) Mendisiplinkan masyarakat Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.


 Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain.

 a) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju.

 b) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum.

 c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.

 d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

 Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat

     a) Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat

     b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran dan rakan- rakan

     c) Mengambil rehat yang mencukupi d) Melakukan aktiviti fizikal

Tuesday 24 September 2013

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR
Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :
 a. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
  b. Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca. Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1 tahun.

  TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS
http://eemoticons.net


Pilih satu tajuk dan baca nota.
 Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
 Baca dan garis fakta. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal . Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
 Cuba tulis semula tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu . Bandingkan apa yang kamu tulis. Ulang hingga kamu puas hati. Ulang membaca fakta , jika ada masa. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran. Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.
 Cara-caranya ialah : Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal. Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

http://eemoticons.net
Add caption
  TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR JADUAL

 . Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza. Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar.
 Contohnya
 Hari Ahad : 9.00 pagi - 10.00 pagi :
10.30 pagi - 12.00 tengah hari :
2.00 petang - 3.30 petang :
3.30 petang - 5.00 petang :
8.30 malam - 10.00 malam :
10.00 malam - 11.30 malam

 Hari Isnin : 2.30 petang - 4.00 petang :
4.00 petang - 5.30 petang :
8.30 petang - 10.00 malam :
10.00 malam - 11.30 malam

 Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri.
 Contohnya : Matematik - 4 kali seminggu
 Bahasa Inggeris - 2 kali
 Sejarah - 4 kali dan seterusnya

 Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas. PERINGATAN : Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari. Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi. Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya . Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.

7 tips bangun malam

http://eemoticons.net 7 Tips Bangun Sholat Malam Tahajjud

Kalau Anda sudah membaca keuntungan sholat tahajjud, maka tentu rasanya akan rugi bila tidak melaksanakannya, meskipun ini hanya sholat sunnah saja setelah sholat 5 waktu. Masalahnya, banyak orang yang merasa kesulitan untuk bangun tengah malam. Inilah mengapa melaksanakan sholat tahajjud itu juga jihad :-)
 Untuk solusinya, saya menemukan beberapa tips berikut, yang saya ambil referensinya dari Are We Prepared, yang juga diambil dari khotbah Sheikh Riad Ouarzazi:

 Tips Bangun Sholat Tahajjud

 1. Ikhlas Kita harus bersikap ikhlas kepada Allah (SWT). Hanya Allah yang bisa melihat kita sholat malam, sementara orang lain tidur. Kita perlu menunjukkan pada Allah bahwa kita mencintai-Nya secara ikhlas dengan perilaku dan perkataan kita.

 2. Mengatahui Keuntungan Sholat Malam Kalau Anda belum mengetahuinya, silakan baca artikel berikut ini.
3. Tidur Menghadap Ke Kanan Mungkin, secara logikanya jantung berada di bagian kiri dada, dan dengan tidur menghadap ke kanan, maka jantung akan tetap berada di atas. Dengan ini, seseorang tidak akan tidur secara dalam, hanya tidur ringan. Jika seseorang tidur menghadap ke kiri, maka ia akan tidur dengan sangat pulas (tidak cocok jika ingin bangun pagi-pagi)

 4. Berwudhu Sebelum Tidur Mungkin biasanya kita dianjurkan untuk mencuci kaki sebelum tidur, tetapi jika kita ingin bangun malam untuk sholat tahajjud, maka berwudhu sebelum tidur akan lebih baik. Dengan begini, kita akan mengingat Allah sebelum tidur.

 5. Tidur Lebih Awal dan Baca Do'a Ketika kita akan tidur, maka kita perlu berniat untuk bangun sholat malam, dengan membaca do'a berikut: Baca Subhan Allah (33 kali), Alhamdulillah (33 kali) and Allahu Akbar (34 kali) - Total 100 kali Baca Surat Al-Ikhlas, Surat Al-Falaq, Surat An-Nas dan Surat Al-Kafirun Baca Ayat Kursi, untuk melindungi diri dari syaitan, sehingga kita bisa bangun lebih awal. Ini berdasarkan hadits berikut: "Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah Ayat Kursi, niscaya Allah akan senantiasa menjagamu dan setan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi (HR. Al-Bukhari)" Membaca do'a sebelum tidur: Bismika Allahumma Ahya Wa Amut

 6. Hindari Terlalu Banyak Makan dan Minum Sebelum Tidur Sebaiknya tidak makan kira-kira 2 jam sebelum tidur.

 7. Hindar Hal yang Makruh Sebelum Tidur Khusus untuk kiat ini saya dapat dari Buletin Muslim. Hal makruh pertama adalah tidur dengan atap terbuka. Ini berdasar hadits: Barangsiapa yang tidur malam di atas atap rumah yang tidak ada penutupnya, maka hilanglah jaminan darinya” (HR. Bukhari). Hal makruh kedua adalah tidur tertelungkup. “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini (telungkup) adalah cara berbaringnya penghuni neraka“. (HR Ibnu Majah)

CARA MENAMBAH BERAT BADAN

http://eemoticons.net Tips Cara Menambah Berat Badan



Cara Menambah Berat Badan Secara Alami

1. Makanlah lebih sering Cara menambah berat badan yang sering kali keliru adalah jumlah asupan yang anda konsumsi. Anda mungkin berpikir menambah jumlah atau porsi makan anda untuk sekali makan akan menambah berat badan anda. Hal tersebut keliru. Dengan anda mengonsumsi porsi yang berlebih, lambung akan bekerja ekstra dan justru memicu anda mengalami peradangan lambung. Cara menambah berat badan yang benar yaitu dengan memperbanyak frekuensi makan anda. Makanlah porsi sedang 5-6 kali setiap harinya, jika dibanding mengonsumsi 2-3 kali porsi besar setiap harinya. Dengan sering makan, kalori anda akan terbakar dan menjadi massa otot bukan lemak.

 2. Hindari junk food dan alkohol Bagi anda yang berpikir bahwa dengan mengonsumsi junk food berlebih anda akan gemuk, hal itu keliru. Mengonsumsi junk food seperti pizza, burger, dan junk food lainnya justru menjadi cara menambah berat badan yang salah. Anda akan beresiko terserang penyakit jantung karena kadar kolesterol jahat di darah tinggi. Junk food mengandung sedikit kalori dan banyak lemak. Alkohol juga mengandung sedikit kalori yang tidak menambah berat badan anda secara signifikan. Alkohol akan membuat lambung anda terisi gas dan justru terasa penuh sehingga nafsu makan anda akan berkurang.

 3. Hindari minum sebelum anda makan Tips ini adalah salah satu cara menambah berat badan yang dapat anda terapkan. Bila anda terbiasa minum sebelum makan, sebaiknya hindari kebiasaan ini. Dengan minum sebelum makan, anda akan merasa kenyang dahulu sehingga porsi makan anda justru berkurang. Rubahlah kebiasaan anda yang satu ini bila ingin tubuh anda ideal.

 4. Mengkonsumsi jus dan ngemil makanan berserat Cara menambah berat badan yang satu ini cukup mudah. Sering-seringlah mengonsumsi jus, terutama jus yang mempunyai kadar karbohidrat dan serat tinggi seperti alpukat. Hindarilah mengonsumsi alkohol, kopi dan minuman bersoda yang justru mempunyai nilai kalori rendah. Minumlah jus rutin sekali sehari, dan segeralah minum setelah dibuat agar vitaminnya tetap terjaga. Kebiasaan ngemil saat anda senggang juga dapat membuat anda gemuk. Makan sebelum tidur juga dikenal menjadi faktor penyebab kegemukan. Namun perlu anda ingat, cara menambah berat badan yang benar yaitu dengan ngemil atau makan makanan yang berserat, seperti gandum, roti dan biji-bijian dan bukan makanan ringan yang tinggi kadar garamnya. Bukan tubuh ideal yang anda peroleh, melainkan penyakit yang dapat anda dapatkan.

 5. Rajin berolahraga Hindarkan pemikiran bahwa berolahraga membakar lemak dan justru membuat anda kurus, bukan cara menambah berat badan anda. Ada beberapa olahraga yang dapat menambah massa otot seperti push-up, jogging dan angkat beban.

 6. Istirahat yang cukup Cara menambah berat badan yang terakhir ini cukup penting, namun jangan anda remehkan. Tidur dapat memberi waktu tubuh anda untuk rileks dan beristirahat. Selain itu kebiasaan begadang dapat membuat anda kurus dan justru kurang baik bagi kesehatan anda.