Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :
a. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak lebih baik daripada berbaring atau bersandar.
b. Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca. Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1 tahun.
TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

Pilih satu tajuk dan baca nota.
Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
Baca dan garis fakta. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal . Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
Cuba tulis semula tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu . Bandingkan apa yang kamu tulis. Ulang hingga kamu puas hati. Ulang membaca fakta , jika ada masa. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran. Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.
Cara-caranya ialah : Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal. Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.
![]() |
Add caption |
. Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza. Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar.
Contohnya
Hari Ahad : 9.00 pagi - 10.00 pagi :
10.30 pagi - 12.00 tengah hari :
2.00 petang - 3.30 petang :
3.30 petang - 5.00 petang :
8.30 malam - 10.00 malam :
10.00 malam - 11.30 malam
Hari Isnin : 2.30 petang - 4.00 petang :
4.00 petang - 5.30 petang :
8.30 petang - 10.00 malam :
10.00 malam - 11.30 malam
Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri.
Contohnya : Matematik - 4 kali seminggu
Bahasa Inggeris - 2 kali
Sejarah - 4 kali dan seterusnya
Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas. PERINGATAN : Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari. Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi. Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya . Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.